Mengasaskan World Silambam Association Murugan Chillayah

Ia diikuti dengan penubuhan Persatuan Silambam Dunia (Tamil: உலக சிலம்பம் சங்கம்code: ta is deprecated ) (IAST: Ulaka Cilampam Caṅkam) yang didaftar dengan Kementerian Dalam Negeri (JPPM) di Malaysia dan sedang berkembang pesat untuk memelihara dan melindungi intipati Silambam di seluruh dunia, telah didaftarkan oleh Murugan Chillayah untuk menjadi nama organisasi rasmi untuk menyediakan seni tradisi dan sukan tradisional India dengan menyatukan unsur-unsur pendidikan, kesihatan, kecergasan, kebudayaan, pengetahuan alam semula jadi, mengenal pasti atau mengetahui perihal perubahan iklim, dan juga aktiviti rekreasi yang berkaitan melalui latihan Silambam, Kuttu Varisai, Yoga Tradisional, dan Varma Kalai.[7][8]

Persatuan Silambam Dunia (WSA) telah diiktiraf secara rasmi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations)[9] dan bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations SDGS) untuk Matlamat Pembangunan Mampan.[1]